Penang here I come..:)

Mulai minggu ni..INS akan berada di Penang setiap hujung minggu untuk program realiti TV yg belum boleh lagi bagitau tajuknya..:p..INS akan jadi host untuk rancangan tersebut..So sape2 yg ada kat Penang nnt boleh la kita gi pekena nasi kandaq..Tp yg INS x saba nak char kuey tiow favourite INS!:D..Jumpa kat sana noo...Salammm...

2011!

Rasanya x terlambat lagi INS nak ucapkan selamat tahun baru kan..selalu setiap kali nak menyambut tahun baru mesti orang sibuk2 pasal azam tahun baru..tapi make sure azam kita untuk tahun lepas dah tercapai ke belum...kalau belum kita bawak la ke tahun nih..tapi kalau tahun lepas punya dah clear, kita tanam plak azam lain untuk tahun ni ok!

Cite pasal azam INS tahun ni?hmmm ramai kawan-kawan INS, sedara2, kenalan2 lama asik tanya INS kenapa tak cuba serius dalam bidang nyanyian?sebab sebenarnya sebelum INS menceburkan diri dalam bidang pengacaraan seterusnya bidang-bidang lain, INS aktif menyanyi...zaman2 sekolah la kiranya..tapi bila usia dah meningkat dewasa, minat untuk menyanyi tu makin hilang ape lagi untuk jadi penyanyi..rasa mcm ramai sangat mereka yg lebih berbakat dr INS yg layak untuk berada di tempat mereka...tapi INS masih lagi minat menyanyi dan main gitar untuk hiburkan diri sendiri..kira mcm terapi jiwa la..rasa tenang je n dapat hilangkan stress!so INS cuba2 buat lagu sendiri n bagi kenalan2 rapat dengar...feedback mereka cukup bagus n dorang suruh INS record je lagu2 hasil INS..so bila pk2 x salah kan kalau kita cuba...kalau ada yang suka bagus lah..kalau x suka pun xpe..sebab setiap lirik dan melodi yang dihasilkan oleh setiap insan adalah perasaan yang tulus...jadi!INS record satu lagu single atas pertolongan orang2 terdekat...(luv u guys!)

So...kalau semuanya berjalan lancar, INS akan bagitau kat korang k...single Cinta Dalam Rahsia versi lebih fresh..hehehe...

setakat ni itu je lah progress dari INS...harap korang pun dah tanam azam n planning utk tahun 2011 nih...bukan apa kan org selalu kata masa itu emas!tapi INS rasa masa lagi berharga dr emas..sebab emas ade jual kat kedai..masa?ade orang jual kat kedai?tak adaaaaa...so janganlah kita sia-sia kan masa ok...

kita jumpa lagi lain masa...Salam sayang dari Intan Nor Saina....muah2>>:)