Intan Nor Saina merupakan seorang anak seni yang telah menceburkan dirinya dlm bidang pengacaraan pada tahun 2001. Bermula dengan program di salah sebuah stesyen di Malaysia, program remaja KLIK menampilkan Intan sebagai remaja yang menggemari sukan lasak. Diteruskan dengan program talkshow KATAKAN, TREN-D di saluran yang sama RTM.

Pada tahun 2006, Intan mengorak langkah mengacarakan program berbentuk hiburan dengan mengacarakan program LATIDO(mtv), ROCK UNITE(reality tv show), GALAKSI (entertainment news). Selepas itu Intan meneruskan kerjayanya dengan mengacarakan program travelogue seperti 3HARI 2MALAM dan beberapa program tv yang lain. Secara keseluruhannya Intan Nor Saina telah mengacarakan tidak kurang daripada sepuluah buah program tv.

Pembabitan seni Intan Nor Saina tidak berhenti setakat itu sahaja apabila beliau ditawarkan untuk mencuba bidang lakonan. Bermula dengan beberapa watak pembantu dan watak utama dalam telemovie, drama dan sitcom seterusnya Intan telah mendapat kepercayaan membawa watak utama dalam movie HOOPERZ (belum ditayangkan). Sekali lagi Intan telah diberi peluang untuk mengembangkan lagi sayapnya dalam bidang seni apabila diminta menyanyi dalam beberapa lagu yang diselitkan dalam runut bunyi(soundtrack) HOOPERZ dengan membawa lagu berjudul BULAN, AKU TETAP DISINI(ATDS) DAN CINTA DALAM RAHSIA.